ASAL USUL COACH (DIPETIK DARI PAGE COACH
Orang kampung saya panggil saya khairul @ lon dan berasal dari Muar, Johor. Nama saya BAHARUDDIN BIN MOHAMED |Berpendidikan asas dalam bidang pengkomputeran dan matematik |Berkeluarga dengan anak 8 | Seorang pensyarah Universiti | Pengarah urusan syarikat UTHM Holding dan K-UTECH EDU Sdn. Bhd. | Lembaga pengarah kepada 10 syarikat dibawah D'impian Group iaituD'impian Inn cawangan Batu Pahat,D'impian Inn cawangan Shah Alam,D'impian Resort & Training Centre Muar,D'impian Kopitiam & Catering, Restoran Mohamed LONG, D'CARZ, D'KakiLelong, Impian Jaya holding Sdn Bhd dan D'impian sale & service. Syarikat yang terakhir adalah D'impian Terapi & herb. Post ini bukan untuk mempersenda tapi untuk kita berkenalan dengan penganjur skim-skim senang dapat duet. (*saya dah blurkan sebab ramai sangat suruh jaga aib) |
COACH BAHAR PENGASAS TEKNIK MENJAJA JALANAN PENIPU/SCAM ??
AL IRFAN JANIBegitu lama saya bersama mentor ini, namun ramai yang anggap saya telah hangus puluhan ribu ringgit bersamanya. Ada juga yang sangka saya dah bersekongkol dengannya.
Biarpun saya begitu kecewa dengan berita terbaru mengenai beliau, saya masih tak lupa akan segala jasa dan ilmunya yang saya praktis menjadi. Bagi saya, beliau sahabat yang baik terhadap saya. Mungkin tidak terhadap orang yang lain. Antara teknik marketing direct approach, menjaja jalanan, dan lain-lain. Itu saya anggap tidak ternilai. Paling berkesan bagi saya, "teknik kasihan", "First Punchline", dan How To Beat The Giant. Sampai sekarang, masih digunakan dan menjadi, atas izin Allah, Alhamdulillah. Beliau tidak pernah mengajar saya menipu, malah sering juga saya dinasihati supaya berhati-hati, WALAUPUN saya akhirnya dapat tahu begitu ramai mangsa yang kecewa dengan beliau. Ada hangus ribuan, puluh dan RATUS ribu seorang mangsa. Mangsanya ada ratusan orang dan puluhan syarikat. Sebuah universiti awam pun tidak terkecuali. Mungkin saya dikira beruntung dan terpilih, kerana tidak rugi berpuluh ribu ringgit seperti kenalan saya yang terdekat. Malah ada kenalan yang saya tunjukkan teknik jualan yang bagus. Wahai mentor, saya mohon halal atas segala ilmu yang Tuan berikan. Sungguh saya doakan Tuan kembali segar, 'fight back' dan didorong Allah bagi selesaikan semua. Sedang musuh Allah pun akhirnya hujung hayat dikurnia syahid, saya juga mengharap Tuan temui perjalanan dan pengakhiran yang baik dalam hidup ini. Aminnn.... Kenapa saya tidak rugi langsung dengan si scammer sepertinya? Rasanya, saya ada satu jawapan yang cukup baik untuk persoalan ini. Saya punya prinsip pelaburan yang kuat, dan mungkin unik. Saya tidak percaya akan pelaburan yang bermacam-macam JENIS/KATEGORI. Biarpun saudara saya sendiri, adik atau abang, biar ayah saya sendiri yang mengajak saya melabur dalam satu-satu perusahaan, pertama sekali saya akan SAY NO! Walau ajakan melabur dari ibu yang syurga saya di bawah telapak kakinya, PUNNNN takkan saya dengari. Saya tidak akan meleburkan duit saya ke dalam satu pelaburan yang TIDAK SAYA FAHAMI. Walaupun belanja untuk buku ataupun yuran kelas (ini saya anggap sejenis pelaburan), yang mungkin orang anggap saya KEDEKUT dalam menuntut ilmu. Saya pilih untuk fokus pada satu-satu jenis pelaburan sahaja dalam satu masa. Saya tidak pernah fikir soal 'backup plan' atau 'pelaburan selamat.' Walau ada sekolah pemikiran menyatakan saya bodoh kerana meletakkan risiko tertinggi di dalam hidup. Akhirnya, ada kenalan yang bantu saya menemukan satu-satunya kata-kata emas, yang bersesuaian dengan pendirian saya ini. "It's OK to put all your eggs in ONE basket. But, don't ever forget to WATCHHHHH that basket." Dipetik dari The Business Book (mahal gila buku ni, aku beli siap tabung tiga bulan). Mungkin kerana pegangan ini, saya akan terduduk paling bawah di dalam hidup saya saat menghunjam ke rugi yang teruk. Namun, jatuhnya saya di saat itu amat menenangkan. (Bahkan, saya boleh teka bilakah saat saya rugi). Di saat itu, saya masih tersenyum, dan teruja. Kerana, saya akhirnya faham lumat akan sesuatu permainan. Saya TIDAK AKAN terpinga-pinga saat wang saya dikebas orang dan kemudiannya bagai pengemis menuntut semula wang yang bukan kepunyaan orang lain. (Kerana belum berlaku lagi setakat ini duit saya dikebas orang, Alhamdulillah). Saya lihat BANYAK mangsa yang terpinga-pinga. BLUR. Saat wang mereka dilarikan orang. Kenapa? |
FAIZUL RIDZUANCARA PENIPUAN KLASIK - MENGGUNAKAN GELARAN / TITLE.
Baru baru ni tengok kecoh satu fesbuk berkenaan kisah scam seorang usahawan. Sebenarnya, saya dah lama dengar cerita mamat ni mengambil duit orang tapi tak menunaikan apa yang dijanjikan. Tapi sebab kecoh balik dan tengok ramai yang jadi mangsa, saya nak kongsikan pendapat saya berkenaan orang yang menggunakan gelaran / title untuk menjual. . Alhamdulillah, buat masa ni belum pernah lagi kena tipu kalau soal duit/ kewangan. Rugi berniaga tu biasa tapi tak pernah lagi kena tipu. Bukan tiada orang yang cuba menipu, ramai je tapi saya gunakan formula tertentu untuk kenalpasti kebarangkalian atau peluang saya untuk ditipu. Dan formula yang saya pakai adalah tidak berbisnes, melabur atau berkerjasama dengan orang yang menggunakan gelaran atau title dalam name card mereka. Saya tak suka buat bisnes atau kerjasama dengan meraka yang menggunakan gelaran-gelaran berikut : . Dr / Doktor - Cara paling senang nak tipu orang melayu. Asalkan letak Dr kat depan mesti ramai prospek rasa yakin. Ramai je yang gunakan gelaran ni menggunakan PHD, yang dibeli dari universiti online atau yang tak diiktiraf. Bukan semua, tapi memang ramai yang suka guna gelaran Dr ni dari industri motivasi, kecantikan sbb senang nak jual produk mereka kepada orang melayu yang memang tak suka buat homework. Ada juga yang memang Dr betul atau ada PHD yang sah tapi yang tak bestnya mereka gunakan title itu walaupun PHD/Dr mereka tu langsung tiada kaitan dengan apa yang mereka buat sekarang. ( contoh, PHD dalam Psikologi tapi buat product kecantikan, ada kaitan ke? ) . Coach / Pakar - Kalau jenis yang digelar oleh orang lain, memang best. Tapi ramai yang jenis syok sendiri dan mengaku pakar/coach walaupun mereka ini biasa saja. Saya dah pernah digelar macam-macam ( celebriti-hartanah, pakar-hartanah, property guru, jutawan muda ) yang saya sebernarnya cukup tak selesa dan segan. Bila orang tanya, saya lebih senang jawab yang saya ni cuma Penganalisa Hartanah. Saya segan nak mengaku pakar sebab saya rasa ilmu saya masih belum cukup walaupun saya dah pernah mengajar beribu orang ilmu pelaburan hartanah. . Yang menggunakan gelaran Tuan/Dato/TanSri/ Ustaz dalam FB mereka - Saya tak faham kegunaan title ini sebab gelaran tu tiada kaitan dgn kepakaran mereka tetapi digunakan untuk meningkatkan kredibiliti. Kalau betul mereka bagus, tak perlu rasa insecure sehingga perlu meninggikan status diri sendiri. Saya kenal orang yang bergelar Dato Seri / Tan Sri ( dan mereka tak beli gelaran-gelaran ini ) yang lebih suka mengunakan nama sendiri dan hanya 'bawa keluar' pangkat mereka dalam upacara rasmi sahaja. Mereka ni dah jadi Dato Sri 2-3 tahun pun ramai yang tak tahu sbb mereka lebih suka low-profile. . Bila sayang tengok orang yang saya kenal personally dan hebat dalam bidang masing-masing, saya tgk mereka ni sgt konfiden, bagus dalam apa yang mereka buat dan tak perlu beri gelaran palsu untuk tingkatkan kredibiliti sendiri. Contohnya individu seperti Saiful Nang, Aqif Azizan, Alwi Adam EzazWealth, Pakdi Suzardi M, Zaidi Ismail, Abang Ensem, Shafie Bustan, Mohd Safuan, Azizul Azli Ahmad, Hafiz Ejen Lelong Full, Mark Chua, Emyght Kuala Lumpur, Rahim Ibrahim, Gavin Liew, Enoch Khoo Hartanah, Chris Tan, MH MH Miichael Yeoh, Richard Oon, Daniele Gambero, Ahyat Ishak Khairul Anuar Mohamadiah, Khairul Ezuwan,Mahadi Bz, MSisters Akmar Hanif, MSisters Aida Nurlin Hanif, Fiona Tahir,Nancy Ng Property, Adrian Un, Ryan Khoo Chung Ming , Rohaniahnoor Di Sini, Shahril Sidek dan ramai lagi. Mereka adalah leading player dalam bidang masing-masing, dan mereka tak perlu menjual title mereka untuk berniaga. ( maaf kalau ada yang tertinggal dari rakan FB saya sebab terlalu byk untuk saya kongsikan ). . Yang hairannya, orang yang saya kategorikan sebagai yang leader dan berjaya dalam industri masing masing segan nak gunakan title Pakar / Guru / Dr / Dato dalam bisnes. Yang biasa pakai title-title ini? Mereka yang nak kena jual kredibiliti kaw-kaw. Walhal orang lain yang tiada title pun ok je sebab produk mereka bagus and mereka tak perlu tipu orang. Kalau title palsu tak jalan, mereka mula jual agama dan Allah pulak. Bila mereka yang mempunyai gelaran "hebat" ini menggunakan Allah, memang ramailah yang cair. Takkan lah individu hebat yang menggelar diri mereka dengan gelaran hebat akan mengunakan Allah untuk menipu kita semua kan? . Maaflah saudara dan saudari, orang yang bertuhankan duit, mereka akan jual apa saja untuk duit. Gambar anak, Rasulullah, Allah, semua pun mereka akan dijual. . Soalan cepu-emas : Cuba teka bangsa mana paling banyak dan senang kena tipu oleh Dr-Dr/Pakar-Pakar/Tuan/Puan/Dato/TanSri ini? . P/s : Post ini dibuat untuk mengelakkan individu dari ditipu oleh pakar-pakar palsu. Kalau anda tergolong dalam kategori diatas tetapi bukan pakar palsu, mohon jangan terasa. |