TIPS MEMBUAT PEMBIAYAAN PERUMAHAN DENGAN KERAJAAN
Kebanyakan kakitangan kerajaan yang baru bekerja dan baru disahkan jawatan atau belum pernah membeli rumah sebelum ini, pasti akan menghadapi sedikit masalah untuk menguruskan pembiayaan perumahan dengan Perbendaharaan Malaysia (Kerajaan).
Kali ini saya kongsi sedikit pengalaman dgn rakan-rakan kakitangan kerajaan sekalian tip-tip mudah untuk membuat pembiayaan perumahan dengan kerajaan.
1. Sebelum saya terangkan langkah2 yg perlu anda lakukan untuk memohon pembiayaan tersebut, rasanya anda harus tahu bahawa terdapat beberapa skim yg disediakan oleh Kerajaan khusus untuk kakitangan awam yg berkaitan dgn pembiayaan hartanah ini.
Diantara skim pembiayaan yg ditawarkan adalah:
* PEMBIAYAAN UNTUK MEMBELI RUMAH ATAU PETAK RUMAH KEDIAMAN YANG TELAH SIAP
* PEMBIAYAAN UNTUK MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI
* PEMBIAYAAN UNTUK MEMBELI RUMAH ATAU PETAK RUMAH KEDIAMAN DALAM PEMBINAAN
* PEMBIAYAAN UNTUK MEMBELI TANAH DENGAN TUJUAN MEMBINA RUMAH
* PEMBIAYAAN UNTUK ENYELESAIKAN HUTANG PINJAMAN BANK/INSTITUSI KEWANGAN
* PEMBIAYAAN UNTUK MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH PEMOHON YANG DIBELI MELALUI PINJAMAN KERAJAAN
* PEMBIAYAAN UNTUK MEMBUAT KERJA UBAHSUAI RUMAH ATAU PETAK RUMAH KEDIAMAN
2. Wajar juga saya nyatakan disini, sebelum anda bercadang untuk memohon pembiayaan perumahan dgn kerajaan, anda harus tahu kelayakan maksimum pembiayaan anda. Kelayakan tersebut sebenarnya berdasarkan kepada GAJI HAKIKI SEMASA anda. Disini saya sertakan carta gaji dan kelayakan maksimum untuk pembiayaan perumahan tersebut:
Gaji Bulanan Hakiki (RM) Kelayakan Pembiayaan (RM)
6,500 dan ke atas 450,000
5,500 ke 6,499 420,000
4,500 ke 5,499 400,000
3,500 ke 4,499 380,000
3,000 ke 3,499 320,000
2,500 ke 2,999 280,000
2,000 ke 2,499 255,000
1,500 ke 1,999 205,000
1,200 ke 1,499 168,000
1,000 ke 1,199 130,000
800 ke 999 105,000
799 dan ke bawah 80,000
3. Diantara syarat-syarat asas yg anda harus patuhi sebelum memohon pembiayaan tersebut adalah:
- Mestilah Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
- Warganegara Malaysia
- Borang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara/tamat perkhidmatan
- Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun dengan kerajaan
- Telah disahkan dalam jawatan
- Bukan seorang bangkrap @ siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib
- Perjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam atau perlu disediakan oleh peguam
- Peminjam diwajibkan mengambil Insurans/Takaful Gadai Janji dan Insurans/Takaful pemilik rumah kediaman yang disediakan oleh Pihak Berkuasa memberi pinjaman
- Pinjaman bersama suami dan isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri dan Pinjaman dua nama di dalam perjanjian jual beli mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.
Lain-lain pra syarat berkaitan pembiayaan tersebut boleh rujuk di dalam websitewww.bpp.treasury.gov.my.
4. Saya sarankan anda melantik peguam yang sama yang menyediakan dokumen perjanjian jual beli rumah anda sblm ini sebagai peguam untuk uruskan pembiayaan anda. Ini adalah untuk memudahkan urusan kerana terdapat beberapa dokumen yang akan sy nyatakan selepas ini yg perlu dilampirkan dengan permohonan pembiayaan tersebut nanti adalah disediakan oleh peguam jual beli itu sendiri.
5. Langkah pertama yg anda perlu lakukan utk membuat pembiayaan tersebut adalah dengan menghantar permohonan secara online melalui laman web di atas. Anda harus mahir dengan online application system yg disediakan di dlm laman web tersebut. Sebelum anda menghantar permohonan tersebut anda harus baca garis panduan yg telah disediakan di dalam laman web tersebut untuk memudahkan urusan. Jika tidak pasti anda akan berhadapan dengan sedikit kesulitan ketika mengisi borang permohonan secara online tersebut.
Cumanya, kelebihan permohonan secara online ini adalah anda boleh follow up sendiri status permohonan anda, status kelulusan pembiayaan, status pembayaran pinjaman dll berkaitan dgn pembiayaan anda melalui website tersebut. Segala rekod berkaitan pembiayaan tersebut akan kekal sehingga anda menyelesaikan sepenuhnya pembiayaan tersebut.Sistem tersebut juga adalah selamat. Ini kerana sebelum submit permohonan tersebut, anda dikehendaki mendaftarkan diri dengan mengemukakan username dan password sendiri. Jadi segala maklumat yg anda nyatakan dalam permohonan tersebut adalah rahsia. Walaubagaimanapun jika anda tidak mahir dengan system tersebut anda boleh meminta bantuan peguam anda untuk bantu submit permohonan online tersebut. Permohonan secara online yg telah dihantar hendaklah diprint dan ditandatnagn oleh majikan anda.
Jika boleh elakkan membuat kesilapan ketika submit permohonan online tersebut. Ini kerana setiap maklumat yg telah didisi didalam permohonan online tersebut apabila ia telah dihantar dan diprint, tidak boleh lagi dipinda. Walaubagaimanapun sekiranya terdapat mana-mana maklumat yg tidak tepat pada borang online yg anda isi tersebut anda boleh betulkannya secara manual pada borang yg telah diprint tersebut. Pihak BPP akan membetulkan maklumat yg tidalk tepat tersebut didalam borang online tersebut apabila borang hard copy itu dihantar ke BPP kelak.
6. Setelah anda submit online application tersebut,anda mempunyai tempoh 14 hari untuk menghantar borang permohonan yg telah diprint dan ditandatangan oleh majikan tadi ke BPP beserta dokumen-dokumen sokongan yg diperlukan.Diantara dokumen2 sokongan yg diperlukan termasuklah:
i. Salinan kad pengenalan yang disahkan oleh majikan
ii. Salinan slip gaji yg telah disahkan oleh majikan
iii. Salinan Surat Pengesahan Jawatan
iv. Salinan Perjanjian Jual Beli/ Kontrak pembinaan rumah yg disahkan oleh peguam
v. Surat Akujanji Pemegang Pertaruhan oleh Peguamvi. Salinan Geran Rumah/ Tanah atau carian rasmi hartanah yg disahkan oleh peguam
vii. Salinan Surat Kebenaran (consent) Pindahmilik dan Menggadai yg disahkan oleh peguamviii. Lain-lain dokumen berkaitan dengan pemaju dan projek perumahan yg anda beli (jika anda beli rumah melalui pemaju)
Dokumen-dokumen item iv hingga vii disediakan oleh peguam jual beli. Sebab itu sy katakana tadi adalah lebih mudah melantik peguam jual beli sebagai peguam yg sama untuk urusan pembiayaan dan gadaian rumah anda.
8. Setelah lengkap semua dokumen2 yg diperlukan, anda bolehlah menghantar dokumen tersebut kepada BPP utk diproses sama ada secara pos laju, kurier atau hantar sendiri by hand ke BPP. Untuk memudahkan urusan anda juga boleh minta bantuan peguam anda utk submit permohonan hard copy pembiayaan tersebut ke BPP.
9. Permohonan anda akan diproses dan diluluskan oleh BPP kebiasaannnya, jika tiada sebarng masalah, dalam tempoh 14 hari drpd tarikh penerimaan permohonan hard copy oleh BPP. Anda boleh semak status kelulusan pembiayaan anda di dalam website di atas. Kebiasaannya Surat Tawaran leh BPP akan sedikit lewat sampainya ke tangan anda kerana ianya dihantar secara pos biasa. Satu salinan surat kelulusan pembiayaan juga akan dihantar kpd peguam anda, majikan dan pemaju (jika beli rumah dgn pemaju).
10. Didalam suarat tawaran kelulusan pembiayaan tersebut akan dilampirkan Surat Setuju Terima Pembiayaan. Sila hantar surat setuju terima tersebut secepat yg mungkin kpd BPP sekiranya anda bersetuju utk menerima tawaran pembiayaan tersebut.Walaupun dinyatakan di dalam surat tawaran pembiayaan tersebut yg anda kena hantar surat setuju terima itu dlm tempoh 14 hari drpd tarikh surat tawaran,jangan bimbang, ini kerana memang satu yg biasa surat tawaran pembiayaan tersebut sampai ketangan peminjam selepas tempoh 14 hari drpd tarikh surat tawaran pembiayaan.
11. Dlm masa yg sama, selepas anda hantar surat setuju terima tersebut ke BPP, peguam anda akan sediakan dokumen pembiayaan seperti Suratcara Gadaian, Property Purchase Agreement, Property Sale Agreement dll dokumen yg berkenaan. Peguam anda akan menghubungi anda dan akan meminta anda utk hadir ke pejabat mereka utk tandatanagn dokumen-dokumen tersebut di hadapan peguam. Sekiranya, rumah yg anda beli di dalam kategori Rizab Melayu, anda akan diminta oleh peguam anda utk pergi ke Pejabat Tanah yg berhampiran utk tandatangan dokumen2 tersebut (khususnya Borang Gadaian) di hadapan penolong pegawai daerah (ADO). Peguam atau wakil peguam akan mengiringi anda ke pejabat tanah untuk urusan tandatangan tersebut.
12. Setelah ditandatangan, peguam anda akan hantar semula dokumen2 pembiayaan tersebut ke BPP utk ditandatangan oleh wakil BPP pula. Dokumen2 tersebut akan dikembalikan oleh BPP kpd peguam anda setelah ianya ditandatagan oleh pihak BPP utk urusan pendaftaran pindahmilik dan gadaian di pejabat tanah.
13. Nasihat saya, selalulah follow up dgn peguam anda utk mengetahui status urusan pembiayaan perumahan anda. Hubungan yg baik diantara peguam dan anak guam akan mempastikan segala urusan pembiayaan perumahan anda berjalan lancar.