Semakin banyak maklumat yang saya dapat tentang UFun, saya menjadi semakin gerun dan bertambah curiga dengan operasinya. Berikut adalah sedikit penerangan tambahan tentangnya untuk pengetahuan kita bersama. Ini adalah tambahan kepada post bertarikh 16, 17, 18 Jan (sila baca post2 tersebut sebelum membuat komen di sini).
(Klik LIKE dan SHARE supaya lebih ramai orang tahu cerita sebenarnya.)
1. Ramai ahli2 UFun mengatakan UFun bukan pelaburan tetapi satu ‘perniagaan’. Tetapi UFun sendiri dengan megahnya membuat kenyataan yang mereka melakukan pelaburan e.g. Bangkok Marina, UWay TV dan UBTMall. Jadi yang mana satu yang betul?
Anyway, walaupun langkah UFun membuat pelaburan ini nampak bagus kerana ia berpotensi untuk menambahkan pendapatan UFun, langkah ini adalah melanggar undang2 Malaysia kerana UFun tidak mempunyai lesen untuk mengutip wang daripada pelabur – ini adalah kesalahan pertama.
2. UFun memberikan insentif komisen kepada ejennya apabila membawa pembeli i.e. pelabur baru. Aktiviti ini dipanggil Jualan Langsung atau Direct Selling. Dan hanya syarikat yang mempunyai lesen direct-selling saja yang dibenarkan beroperasi dengan sistem begitu di Malaysia. Saya tak tahu sama ada UFun mempunyai lesen ini atau tidak. Apa yang dapat saya lihat ialah UFun tidak mempunyai lesen ini. Dan jika UFun tidak mempunyai lesen ini, maka UFun telah melanggar undang2 Malaysia – ini merupakan kesalahan kedua.
3. Seperti yang saya sebut sebelum ini, kenaikkan nilai token adalah daripada penambahan ahli baru dalam UFun dan bukan daripada hasil pelaburan. Ini bermakna yang wang itu datang dari poket pelabur baru. Ada terminologi untuk menerangkan situasi ini – PYRAMID SELLING. Anyway, situasi ini tak akan berterusan. Ia akan berakhir apabila jumlah pelabur baru berkurangan (atau berhenti langsung), syarikat kena raid, system dihack atau pihak pengurusan tutup kedai. (Klik sini untuk penjelasan pyramid selling http://www.dsam.org.my/industry/what-is-pyramid-selling)
4. Apa yang menambah risiko kepada pelabur ialah PIHAK PENGURUSAN UFUN BOLEH MELAKUKAN APA SAJA DENGAN WANG YANG DIKUTIP DARIPADA PELABUR. UFun menceritakan yang syarikat membuat pelaburan itu dan ini untuk menambah keuntungan kepada pelabur. Tetapi jika pihak pengurusan menyalahgunakan wang tersebut pun, tidak ada apa yang pelabur2nya boleh buat. Malah, mereka tidak akan tahu pun penyelewengan itu sedang berlaku!
Ingat yang skim ini tidak mempunyai prospektus, auditor atau laporan tahunan. Tidak ada mana2 badan kerajaan yang memantau UFun. Jadi semuanya ikut suka pihak pengurusan UFun!
5. Laman2 web (termasuk page2 FB) ahli2 UFun menjanjikan banyak keindahan untuk menarik pelabur baru. Tetapi dalam masa yang sama, ada juga hamba Allah yang berkata UFun menafikan kata-kata2 tersebut sebab laman web tersebut bukan laman web official UFun.
Ini sudah bagus! Suruh ahli2 membina banyak laman web dan brosur dengan claim terer2 untuk menarik pelabur baru. Pelabur pun masuk kerana tertarik dengan cerita2 tersebut.
Bila berlaku masalah, pusing cerita yang semua laman web dan brosur itu bukan laman web atau terbitan official syarikat jadi syarikat tak boleh dipersalahkan!
Wah, kalau macam ni, semua orang boleh buat!