2. Mereka ini berpendapat yang saya tidak patut menamakan scam tersebut dan langkah saya itu tidak professional. Ada juga yang menuduh saya iri hati, dengki atau tidak faham situasi sebenarnya. Ramai juga yang menyoalkan pengalaman dan kelayakkan saya untuk melakukan semua ini.
3. Kebanyakkan mereka yang berpendapat begitu adalah peserta atau pelabur dalam skim yang saya exposekan itu jadi tak hairanlah jika mereka melenting. Berpuluh-puluh poin yang saya exposekan itu mereka buat-buat lupa! Yang mereka serang ialah poin yang kecil-kecil dan tidak signifikan. (Yang maki hamun tu tak payah ceritalah!)
4. FYI, saya mendapat banyak soalan tentang skim-skim pelaburan yang sedang panas di Malaysia. Ramai orang yang ingin mendapatkan pendapat saya tentang skim-skim tersebut. THEY ASKED FOR MY OPINION. Jadi saya pun melakukan research dan kemudian mempersembahkan keputusan research itu di Fan Page ini.
5. Sebenarnya saya gembira untuk berkongsi ilmu kewangan dan pelaburan ini kerana saya tahu ramai orang yang masih kurang arif tentang subjek ini. Ramai orang yang masih tidak dapat mengenal pasti yang mana yang betul dan yang mana yang scam. Jadi saya pun berkongsilah ilmu tersebut untuk MENOLONG SEDIKIT SEBANYAK ORANG YANG BERMINAT UNTUK DITOLONG.
6. Saya tidak membuat tuduhan liar atau tuduh buta-buta saja e.g. kata program X adalah scam, dan berhenti di situ. Saya ceritakan poin-poin mengapa saya berkata program X adalah scam atau mengapa saya amat curiga dengan program Y. Dalam kata lain, saya berikan facts dan figuresnya.
7. Saya tahu yang saya boleh tersilap. Jadi sebelum membuat apa-apa expose, saya melakukan banyak research. Of course, research itu tak akan sempurna. Tetapi ianya lebih daripada cukup untuk saya membuatkan expose tersebut. SAYA TAK AKAN TULIS JIKA SAYA TAK ADA BUKTI. So far, saya sudah exposekan Skim Pak Man Telo, Swisscash, Genneva, Pegasus Bullion dan Emas ETA. All 5 are now history so that makes it 5 out of 5 right.
8. Bayangkan: saya namakan scam itu pun masih ada yang tak faham-faham lagi. Jika saya tidak menamakan scam tersebut (e.g. Swisscash, Pegasus Bullion dan Emas ETA), ramai orang akan masih tertanya-tanya, yang menjadikan usaha saya tidak berguna. It will be waste of time and effort.
9. Saya berpendapat kita patut puji orang yang buat yang betul. Orang yang buat tidak betul pula perlu diexposekan supaya mereka tidak boleh meneruskan usaha gelap mereka itu. (Kalau langkah ini dipanggil nak menjatuhkan orang lain, so be it. After all, raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah!) This is what I believe and this is what happens in my world. Kalau ada hamba Allah yang berkata kes orang yang buat tak betul itu patut disembunyikan (untuk menjaga airmuka mereka), itu pendapat anda. Bear in mind yang PENDAPAT TERSEBUT BERMAKNA ORANG YANG BUAT TIDAK BETUL ITU DIBERIKAN LESEN UNTUK TERUS MENERUS MENIPU ORANG LAIN YANG MUNGKIN TERMASUK IBU BAPA ANDA SENDIRI.
10. Saya sertakan satu PM yang saya terima baru2 ini disini untuk tatapan anda. Kandungnnya amat sedih dan tragik. Jadi saya tidak berjaya menyelamatkan semua orang tetapi adalah juga insan2 yang telah selamat kerana saya mengexposekan skim2 sesat seperti Swisscash, Pegasus Bullion dan Emas ETA.
11. Bayangkan orang yang sedang ditipu itu adalah bapa awak sendiri! Jika inilah situasinya, adakah anda akan mendiamkan diri?