1. Alkisah, anda seorang ustaz. Ilmu dan kelayakkan anda kira power jugalah. Anda mempunyai Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin dan Sarjana dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh. Anda menulis banyak buku dan sering dipanggil memberi kelas dan ceramah agama di seluruh negara. Selain itu anda juga menjadi penasihat Syariah dibeberapa buah bank dan syarikat kewangan.
2. Satu hari anda dapat tahu akan kewujudan sekumpulan ustaz-ustaz yang menggelarkan diri mereka Ustaz Fanatik Untuk Kejayaan atau UFUK. Apa yang menariknya ialah UFUK mempromosikan Islam versi mereka sendiri. Dan kerana mereka bijak berpidato, jumlah pengikut2 mereka bertambah setiap hari.
3. Setelah membuat kajian, anda sedar ajaran yang dibawa oleh UFUK itu adalah ajaran sesat. Walaupun tak semua ajaran mereka itu salah, anda tahu yang lambat laun, pengikut2 mereka akan terpesong daripada ajaran Islam sebenar.
4. Lalu anda pun berkongsilah maklumat tersebut di FB anda serta ceramah2 anda. Anda berikan 20+ poin mengapa anda berkata ajaran UFUK itu adalah sesat. Ini termasuklah fakta nama UFUK berada dalam blacklist Majlis Fatwa Kebangsaan.
5. Seperti yang diduga, pengikut2 UFUK melenting. Mereka berkata anda silap. Ramai yang ‘menyerang’ anda: kata anda tak professional dan ada yang sampai maki hamun. Ramai juga yang bertanyakan apa kelayakkan anda untuk mengkritik UFUK. Tidak kurang juga yang menuduh anda dengki dan busuk hati. Mereka berkata, “Kami tak pernah berjumpa seorang ustaz yang busuk hati macam anda.” Sudah tentu ada juga yang menuduh anda takut pengikut anda menyertai UFUK.
6. Bila anda tanya mengapa mereka berkata anda silap, mereka tak jawab soalan itu tetapi berkata ajaran UFUK itu adalah betul sebab ianya sudah tersebar dilebih 70 buah negara! Dan untuk memastikan anda dan orang lain juga mendapat mesej ini, mereka ulang ‘fakta’ ini berkali-kali!
7. Jadi kerja mereka asyik menuduh anda busuk hati. Oh, sori, mereka ada menjawab satu poin anda. Mereka berkata yang list yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu tak betul sebab url laman webnya lain sikit daripada laman web official UFUK! ‘Fakta’ ini pun diulang berkali-kali!
8. Anda teruskan jugalah usaha berkongsi ilmu kerana anda tahu ianya hanya akan membantu ramai orang untuk menjadi orang Islam yang lebih baik.
9. Anda tahu bagaimana cerita ini akan berakhir kerana anda sudah pernah melihat kumpulan yang serupa sebelum ini seperti Kuda Terbang PB dan Emas Delay Forever tumbang. Jadi kumpulan UFUK juga akan tumbang dan pengikut2nya akan ditinggal terumbang-ambing. Serban kemana, telekong kemana dan wang juga entah kemana. Ustaz-ustaz itu melarikan diri mereka ke negara lain dan memulakan kumpulan baru di sana pula.
10. Of course, cerita ini hanyalah hasil imaginasi dan khayalan saya sebagai seorang penulis saja.
11. Apa pendapat anda tentang idea saya ini? Boleh buat novelkah? Saya takut orang tak percaya cerita ini sebab ianya begitu far-out. Saya tahu ianya begitu pelik dan anda mungkin akan berkata “Situasi ini tak boleh berlaku dalam kehidupan sebenar. Takkanlah orang Islam di Malaysia begitu mudah diperdaya. Memang tak boleh berlaku!”