1. UFun menjual utoken yang merupakan versi digital currencynya sendiri kepada ahli-ahlinya. Mereka boleh menjual-beli utoken itu sesama mereka dan malah menggunakannya untuk membeli barangan dibeberapa kedai fizikal yang menerimanya. Part ini tak ada salahnya.
2. Tetapi UFUN MENGGUNAKAN WANG YANG DIKUTIP DARIPADA AHLI-AHLINYA UNTUK MEMBUAT PELABURAN e.g. JV Bangkok Marina dan Uway TV. Part ini salah sebab di Malaysia hanya syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia, syarikat Unit Amanah dan bank yang dibenarkan mengutip wang daripada pelabur. (Itulah sebabnya BNM serbu Swisscash dan Genneva dulu.) After all, inilah aktiviti yang dilakukan – mengutip wang daripada pelabur – oleh UFun even if they do not call it that. And as you know, if it walks like a duck, talks like a duck, it’s probably a duck (even though some people may call it a chicken).
3. UFun is also all over the place, operating under different names in different countries. Mengikut report syarikat di laman web Bursa Malaysia yang dikembarkan ini, syarikat UFun Group Ltd didaftarkan di Brunei. Syarikat yang didaftarkan di Malaysia pula bernama UBTMall Sdn Bhd. Saya tak tahu nama syarikat yang didaftarkan di Thailand sebab tak tahu cakap Siam. Semua ini memberikan gambaran satu organisasi yang membina firewalls; jika satu syarikat diserbu, mereka tutup yang itu tetapi meneruskan operasi dengan syarikat yang lain.
4. Tolong jangan kata UFun tidak perlu permission untuk mengutip wang daripada pelabur Malaysia sebab ianya didaftarkan di Thailand. Selagi mereka beroperasi di Malaysia dan mengutip wang daripada pelabur Malaysia, syarikat tersebut perlu mengikut undang-undang Malaysia.
5. Untuk mengeruhkan lagi keadaan, identiti 3 bank (UDBP Bank, Banque de Development de Guinee S.A. dan Nico Financial) yang dikatakan menjadi backer UFun sekarang sudah menjadi tanda tanya. It is likely that bank-bank tersebut tidak wujud! (Jika inilah situasinya, maka statemen saya bank-bank tersebut beroperasi di tempat jin bertendang adalah salah. Jin pun tak boleh bertendang sebab bank tersebut tak wujud!) But seriously, jika inilah situasinya, maka UFun telah menipu. Needless to say that this is a very serious wrong doing.
6. Ada juga hamba2 Allah yang menuduh saya dengki akan UFun dalam post pertama (16 Jan). FYI, tuduhan yang sama saya telah terima daripada penyokong2 Pegasus Bullion dan Emas ETA dulu. (Sila rujuk post2 saya di bulan Sep, Okt dan Nov 2014). TUDUHAN SAYA DENGKI TU SUDAH MENJADI STANDARD REPLY DARIPADA AHLI/PESERTA/PELABUR SKIM YANG SAYA EXPOSEKAN. BILA DAH TAK ADA POIN YANG BERNAS NAK KOMEN, SENANG SAJA – TUDUH SAYA DENGKI!
7. Tapi tuduhan itu tak masuk akal langsung! Punya beribu-ribu bisnes di Malaysia, saya dengki kat UFun? Kenapa saya nak dengki kat UFun? Tak masuk akal langsung. (Tetapi orang kalau dah tak tak suka, 1001 poin yang saya tulis betul pun, mereka buat tak tahu saja.)
8. Tujuan saya berkongsikan poin tentang UFun di Fan Page ini ialah sebab ramai orang yang telah bertanya saya tentang syarikat ini. Saya buat research dan research itu membuatkan saya merasa curiga akan operasi UFun. Lalu saya berkongsikan poin-poin tersebut untuk mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut lagi. (Inilah yang saya lakukan semasa orang bertanya saya tentang Pegasus Bullion dan Emas ETA dulu.) Jadi tak ada niat dengki atau nak menganaiya sesiapa di sini.
9. Akhir kata, jika anda ahli UFun, takkanlah tak merasa curiga sedikit membaca semua fakta-fakta yang saya dan orang lain kongsikan ini dan yang sebelum ini? Takkanlah semua fakta-fakta yang kami kemukakan itu (termasuk nama UFun berada dalam blacklist SC) salah belaka?
10. Jika hingga sekarang anda menerima bulat-bulat kata-kata dan penjelasan upline (yang mungkin memparrotkan kata pihak pengurusan semata-mata), apa kata anda buat investigation sendiri? Dan buat investigation yang betul-betul, bukan main melepaskan batuk di tangga? Sebagai permulaan, dapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang 3 bank diatas. Betulkah mereka wujud? Siapa pengurusnya? Alamat betulnya? Telefon atau emel mereka? Siapakah klien-klien mereka yang lain? Berapa lama mereka sudah beroperasi? Jika jawapan2 yang anda dapat mengecewakan anda i.e. bank-bank tersebut tak wujud, saya syorkan untuk mengeluarkan wang anda secepat mungkin sementara peluang itu masih terbuka.