2. Ayat yang diberikan oleh ejen2 tersebut untuk menarik wang pelabur ialah ialah environmen pelaburan/perniagaan di Malaysia kurang menarik. Oleh kerana ibu pejabat pelaburan/perniagaan mereka itu di luar negara jadi peluang untuk membuat untung besar adalah lebih tinggi kerana tidak dikongkong oleh undang2 yang ketat di Malaysia.
3. Statemen ini by itself memang menarik. Siapa yang tak hendak pulangan yang lebih tinggi? Saya pun nak!
4. Realiti sebenarnya adalah amat berbeza. Sebenarnya semua peluang pelaburan/perniagaan yang mempunyai ibu pejabatnya di luar negara hanya menambahkan risiko kepada pelabur2 di Malaysia. DAN TAMBAHAN RISIKO ITU BUKAN SIKIT TETAPI BERGANDA!
Sebagai permulaannya, jika syarikat itu menutup operasi mereka (yang mereka boleh lakukan pada bila2 masa saja), apa yang boleh pelabur2 di Malaysia lakukan? Buat polis repot? Repot kat BNM? Saman di mahkamah? Semua tindakan itu boleh dilakukan tetapi ianya hanya simbolik kerana tidak ada apa yang boleh polis, BNM dan mahkamah Malaysia boleh lakukan kerana syarikat itu di luar negara.
5. Contoh yang ketara ialah apabila syarikat Pegasus Bullion tutup kedai baru2 ini. Oleh kerana ibu pejabat syarikat itu di China, semua ejen dan pelabur di Malaysia hanya boleh ketawa (untuk menutup tangisan) mengenangkan wang yang terbang melayang. THERE IS NOTHING THEY CAN DO TO GET THE MONEY BACK. (By the way, saya telah memberi beberapa amaran yang situasi ini akan berlaku pada post2 di bulan Sep 2014 dulu. Masa itu ramailah ejen dan pelabur Pegasus Bullion yang menyerang, mencaci dan maki hamun saya!)
6. Sebenarnya saya boleh ceritakan banyak lagi sebab mengapa pelaburan/perniagaan di luar negara itu penuh dengan risiko tetapi yang satu ini pun lebih daripada cukup untuk membuatkan anda duduk berfikir selama 1,001 malam dulu sebelum meleburkan, oh, sorry, melaburkan wang anda.
7. To be sure, saya tak kata yang pelaburan/perniagaan di luar negara itu semuanya scam. Sudah tentu ada yang bagus2 juga. Tetapi bayangkanlah: Anda sudah mempunyai masalah untuk mendapat refund dari kedai yang hanya 3 km dari rumah anda; adakah anda fikir syarikat yang terletak 5,000 km jauhnya akan memulangkan wang anda dengan senang? Main email atau WhatApp saja? You must be dreaming if you answer yes!
8. Sebenarnya anda perlu berhati2 sebelum melabur dalam mana2 pelaburan/perniagaan. Ini termasuklah yang mempunyai ibu pejabatnya di Malaysia. Tetapi apabila pelaburan/perniagaan itu mempunyai ibu pejabatnya di luar negara, anda perlu SUPER BERHATI-HATI sebelum membuat pelaburan tersebut.
9. As for me, tima kasih banyak2 sajalah. Pelaburan di Malaysia ini pun saya tak habis kaut lagi; kenapa nak menyusahkan diri melabur di luar negara dengan risiko yang super berganda?