2. Inilah satu contoh ayat2 kelentong yang tahap SUPER DEWA! Atau sipenulis tak tahu apa yang ditulisnya i.e. main hentam keromo dan mengharapkan orang percaya membuta tuli.
3. Sebagai perbandingan, salah seorang pengurus dana yang terunggul di dunia ialah pengurus dana Berkshire Hathaway, Warren Buffett. Oleh kerana kepakaran dan kehebatannya, beliau amat diagungkan. Namanya harum dan banyak buku yang ditulis tentang beliau. Pihak media seluruh dunia akan melompat setiap kali dia membuat kenyataan. Pulangan yang beliau berikan ialah 22% SETAHUN SEPANJANG 40 TAHUN KEBELAKANGAN. Tolong ingat fakta ini.
4. Daripada kiraan saya, jika UFun bermula dengan harga 0.10 pada bulan Januari, dan naik 4 sen setiap bulan (naik 2 sen 2 kali sebulan), nilai pada hujung Disember ialah 0.58 sen. PULANGANNYA IALAH, MASYA-ALLAH, 480% SETAHUN! Jadi jika anda ‘melabur’ RM10,000 dalam skim ini, anda akan memiliki RM65,635,676 selepas 5 tahun dan RM2.2 bilion selepas 7 tahun (assuming ianya masih beroperasi)!!! Anda dan semua ahli2 UFun seangkatan anda akan menjadi diantara orang yang paling kaya di dunia selepas 7 tahun dengan bermodalkan hanya RM10,000, dan MEMILIKI SEMUA INI TANPA SEBARANG ILMU, KERJA, USAHA ATAU PENAT LELAH! (Wah, ini lebih terer daripada scam Nigeria dan skim YSLM!)
5. To put this ROI in proper perspective, ianya lebih baik daripada semua saham di Bursa Malaysia, semua dana unit amanah di Malaysia, semua hartanah, semua emas, dan malah semua pelaburan yang wujud di Malaysia! Tak habis cerita lagi: PULANGAN INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMUA PELABURAN YANG WUJUD DI SELURUH DUNIA! BUKAN HANYA SEKARANG TETAPI SEJAK 5,000 TAHUN KEBELAKANGAN!!!
6. With all due respect, apakah masuk akal orang yang tak dikenali ramai 3 tahun dulu, tak tahu apakah kelayakan mereka, tak tahu apakah pengalaman mereka boleh memberikan pulangan yang begitu menakjubkan? Apakah masuk akal mereka ini menjadi the best fund managers in the history of the world?
7. Dan jika pulangan itu betul, adakah anda fikir media dunia – Sky News, Forbes, Fortune, CNN, BBC, Al-Jazeera – tidak akan membuat coverage tentangnya? Ingat yang si Warren Buffett yang memberikan pulangan ‘hanya’ 22% setahun begitu dipuja, apatah lagi mereka yang boleh memberikan pulangan 480% setahun?
8. Kesimpulannya ialah pulangan itu berlaku kerana ianya datang daripada wang orang yang menyertai skim tersebut i.e. skim piramid. Dan seperti kita semua tahu, skim piramid akan pasti berkubur – antara cepat atau lambat saja. Dan pada firasat saya, skim ini tak akan bertahan lama lagi.
9. Untuk mereka yang merasa ghairah membaca angka2 dipoin 4 (dan nak melebur dalam UFun), saya minta berbanyak istighfar! There is no way in high heaven all that wealth is going to roll into your bank account! For starters, tak ada siapa pun (termasuk orang yang bodoh sekali pun) yang akan memberikan anda dan ratusan ahli2 lain lagi RM2.2 bilion setiap seorang dalam masa 7 tahun – tanpa anda mengeluarkan apa2 kerja atau usaha! Siapa yang mempercayai semua kekayaan ini akan datang mengolek must be high on drugs! Apa yang akan sebenarnya berlaku ialah anda akan kehilangan semua wang anda. Juga harga diri.
10. PS Buat research sikit dan baca balik apa yang diperkatakan oleh penyokong2 Genneva, Pegasus Bullion dan Emas ETA tidak lama dulu. Mereka semuanya begitu confident yang skim mereka itu adalah pelaburan yang paling betul, paling power dan paling happening sekali…
11. PPS Walaupun setiap pelaburan ada untung ruginya, statemen ini tak boleh diaplikasikan kepada skim piramid kerana ianya bukan pelaburan dan ianya rugi semata!
12. PPPS Berani masuk sarang ular bukan bermakna orang itu lelaki sejati; ia bermakna orang itu kurang waras! Likewise, berani masuk skim piramid bukan bermakna orang itu lelaki sejati; ia bermakna orang itu kurang…